Buat Duit...

Salam. Buat duit memang merupakan harian aku. Aku tak dapat lari dari kehidupan yang memerlukan duit yang banyak dalam memenuhi keprluan dan kehendak.

Semua bermula sewaktu aku di darjah dua lagi, masa ini, aku akan menolong ibu aku menjual kuih ke kedai-kedai berhampiran rumah kami. Kuih yang dijual pula hanya satu jenis sahaja iaitu kuih tepung bungkus. Kuih yang dibuat dengan tepung dan berinitikan 'nyiur' (kelapa bahasa bakunya) ini merupakan kuih yang mendapat sambutan hangat di kampung aku terutama yang dibuat oleh mak aku. Walaupun setiap hari hanya 'tepung bungkus' sahaja yang dijual, tetapi sentiasa habis. Jadi dapatlah aku sedikit upah dari mak aku.

Sewaktu di darjah 6, aku menjual butang baju di sekolah. Sampai sekarang aku masih lagi pelik macam mana butang baju yang aku jual boleh mendapat sambutan sehingga jualan aku mencecah RM 20. Masa tue, dapat 20 ringgit apatah lagi atas usaha sendiri memang menghiburkan dan bangga tak hingat.

macam macam cara untuk buat duit.
Halal haram ditangan aku sendiri??

Selepas darjah 6, aku masuk ke MRSM. Damn it!! Aku tidak dapat berniaga apa-apa sebab jauh dari rumah, dan ini menyebabkan supplier aku menjadi sifar.

Aku juga pernah bekerja di kilang surat khabar di mana masa tue aku belajar di tingkatan 4, masih di MRSM yang sama. Aku bekerja waktu cuti sekolah. Kerja aku cukup mudah tetapi mencabar kekuatan aku sebagai seorang lelaki. Aku terpaksa mengangkat timbunan surat khabar dan dimasukkan ke dalam lori. Tak banyak pun!! Aku dapat RM 25 ringgit satu malam.

Aku juga pernah bekerja sebagai 'waiter' dan pembuat ABC di sebuah kedai. Dua dalam satu!! Nak buat air aku kurang pakar, jadi ABC pun jadilah huhu. Masa ini, aku tahun pertama di universiti, dan kerja nie adalah sewaktu aku cuti selama sebulan. Memang tak dapat banyak duit, sehari RM2o je ( kedai tak ramai pelanggan!) tetapi sekurangnya aku mengisi masa dengan berfaedah dari melepak tak tentu hala.

Sekarang aku berada di universiti, selain dari bekerja, aku lebih kepada berjimat. Sebab bagi aku hanya ada dua pilihan dalam menguruskan wang iaitu BUAT DUIT LEBIH ATAU BERJIMAT. Pilihan di tangan aku, jadi aku pilih untuk berjimat semasa di universiti. Contohnya, dari aku membeli air mineral di kedai, lebih jimat jika aku masak sendiri menggunakan 'heater' teman sebilik aku atau dari aku menaiki motor, lebih jimat kalau aku menggunakan bas yang telah aku bayar dalam yuran aku.

Namun, semalam aku ada termasuk satu blog di mana mengajar cara membuat duit dengan nuffnang. Walau agak keliru pada mulanya, tapi aku nie jenis tak mudah mengalah. Akhirnya terpasang juga iklan nuffnang di sidebar aku. Sila Klik jika iklan keluar. Jadi mungkin aku boleh buat duit lebih dengan bantuan nuffnang nie.

Kepada wanita di luar sana, jika mahu suami yang kaya, sila la klik iklan aku ini, mana tahu aku bakal jadi suami kamu hihi. Terpanjang pulak entri ni..Salam.