Meniru Ditiru...
Salam. Jawapan senior untuk assignment kimia terhidang di depan mata, tapi aku masih lagi menangguh kerja yang cuma perlu ditaip semula oleh aku. Ingin aku 'photastat' sahaja tetapi roomate ku melarang keras. Katanya kalau nak tiru pun biarlah beretika sedikit. Damn it! Zaman sekarang meniru pun ada etika. Lagipun kalau 'photastat' mesti Prof aku dapat mengesannya dengan mudah jadi aku ambil jalan yang agak sukar sedikit iaitu dengan menaip semula jawapan seniorku.
Bila disebut mengenai kes meniru nie, aku teringat kes meniru yang selalu berlaku dalam dewan peperiksaan. Aku tak pernah meniru dalam dewan peperiksaan sebab aku takut akan hukuman yang bakal dikenakan. Kalau assignment atau tugas tugas lain, memang meniru salah satu alternatif yang aku ambil.
Di sekolah lama aku, pernah sekali seorang cikgu mengamuk selepas dia menangkap 3 orang pelajar yang meletak buku di dalam tandas. Pada waktu itu, kebetulan aku juga keluar ke tandas jadi aku dapat melihat adegan cikgu itu mengambil buku yang dibaca oleh 3 orang pelajar, lalu dihantuk dengan kuat ke kepala ketiga-tiga orang pelajar tersebut. Bukan sekali, tetapi berkali-kali hinggakan salah seorang pelajar merayu supaya cikgu itu berhenti , barulah cikgu itu berhenti.
nota: lepas kejadian tu, aku amat takut dengan cikgu tersebut!!
Tidak berakhir di situ nasib pelajar yang meniru itu, mereka dipanggil menghadap cikgu disiplin dan dikenakan denda yang cukup berat. Selain itu, kes tu juga dilaporkan kepada ibu bapa pelajar terbabit. Result peperiksaan 3 orang pelajar tu pun disekat, dan yang paling penting nama baik mereka bertiga tercemar dengan teruk sekali. Bayangkan cikgu sudah tak percaya lagi dengan mereka bertiga setiap kali minta kebenaran untuk ke tandas waktu exam. Kalau aku, sudah pindah sekolah kot!!
Nasihat aku << orang yang selalu tiru assignment orang lain..
Jangan meniru! Buat sendiri dahulu, kalau dah tak boleh sangat silakan meniru wakaka.Salam.
zhrhtoodem
25 Februari 2010 pada 7:37 PTG
kira ko dah tak boleh sangat aaaa nak buat nih?
baru nak tiru?
gagaagaagag
letaknamaterlalumainstream
25 Februari 2010 pada 9:22 PTG
huhu nasihat yang berguna :D
Faizal Sulaiman
26 Februari 2010 pada 7:52 PG
haahaha..jarang tiru esaimen org. tp kalu terdesak..yalah aku akan tiru.hihi
niaharaf
26 Februari 2010 pada 10:51 PG
phoooyo.ilek ar.smua pnah meniru.hakhak.yg penting tem tiru tu pahamkanlah
Fyra Ruslan
26 Februari 2010 pada 4:03 PTG
last advice tuh,
kalau tak boleh sgt, bru tiru.
memang bleh pakai la..
=)
YoshaMaDa
27 Februari 2010 pada 3:41 PG
Tolong la jangan tiru. Buat parafrasa tak apa..
pRouD2byAyA♥♥♥
27 Februari 2010 pada 10:58 PG
erkk..jgn suka meniru...
psss..psss..yaya xjmpa la chat box kamu...
mgkin yaya trlepas pndng...huhu...so mngomel ke sini...=))
Nur Fannun
9 Mac 2010 pada 6:29 PTG
meniru ibarat menipu diri sendiri.. kerana ia hasil kerja org lain..