Mahu Kurangkan Berat Tapi....
Salam. Sewaktu dalam perjalanan pulang dari Fakulti tadi, aku tumpang motor rakan sekolej dengan aku. Perkara biasa bila naik bukit, rakanku akan mengomen mengenai badanku yang berat nak mampos! Damn it!! Aku juga keliru dengan badan aku, kecil je aku rasa tapi setiap kali aku tumpang motor orang, orang pasti akan mengomen mengenai berat badan aku yang kelihatan ringan pada luaran tapi berat pada dalamannya. Terutama ketika jalan berbukit.
Nota : Aku masih belum mampu membeli kenderaan sendiri!
Jadi aku fikirkan cara yang paling sesuai untuk mengurangkan berat dengan berjoging, lagipun sudah lama peluh jantanku tidak dikeluarkan dari sistem tubuh aku. Namun, aku masih bermasalah dari segi kelengkapan pakaian untuk berjoging kerana sewaktu mahu memasuki universiti dahulu, aku hanya membawa pakaian yang sedikit dan yang perlu sahaja bagi mengurangkan keberatan beg yang perlu dibawa.
Ok. Pakaian yang aku perlukan :
Baju - Aku boleh pakai baju harian biasa aku, iaitu T-Shirt yang tidak berkolar kerana aku rasa itu lebih sesuai untuk berjoging berbanding dengan T-Shirt berkolar atau kemeja. Jadi, tiada masalah!
Seluar Panjang - Aku tidak memiliki sebarang seluar untuk berjoging atau bersukan kerana aku bukanlah jenis yang suka mengeluarkan keringat. Tapi tidak perlu aku risaukan kerana aku boleh pinjam sahaja. Juga tiada masalah!
Kasut dan Stoking - Stoking aku tiada masalah kerana aku memiliki beberapa pasang stoking. Namun, kasut aku yang terbaru telah hancur berkecai dan telah aku campak ke tong sampah kerana kekerapan memakai ke tempat kajian aku. Jadi terpaksa aku meminjam lagi. Tetap tiada masalah!
Ok! setelah siap bersiap, aku keluar dari bilik dan aku dapat rasa yang keterujaan untuk berjoging telah mengatasi keterujaan untuk berblogging. Namun, tidak lama kemudian, aku masuk semula ke dalam bilik, menanggalkan semua pakaian, aku baring atas katil, tarik selimut dan tutup mata. Damn it! macam mana aku boleh tak perasan kat luar tengah mendung dan hujan akan turun bila bila masa je...
p/s : mungkin aku tak patut berjoging, mungkin ada cara lain kot untuk kurangkan berat...
rizal kamaruzaman
24 Februari 2010 pada 7:22 PG
amalkan cara hidup sehat!
Akif Mazlan
24 Februari 2010 pada 7:39 PG
gemok menandakan aya tau,, hehehe
abigemok
24 Februari 2010 pada 8:03 PG
jaga pemakanan tu.. jgn melantak je keja.. :D
noorafzan.blogspot.com
24 Februari 2010 pada 10:22 PG
haha..
naik bukit mmg la berat ..
sengal ubilah kawan2 kamu tuh..
sabo ajelah..
Faizal Sulaiman
24 Februari 2010 pada 12:18 PTG
kurus tapi berat?
perghh ko ada "bela" ke apa bro?haha
MISH LOLIPOP
25 Februari 2010 pada 8:54 PG
haha..cmtue lak..
bysa la tue last2 jog ats ktil ek..huhu
ayeen:)
25 Februari 2010 pada 6:57 PTG
ahahhaa..takyah ssh2 nak jog.jalan2 pon dah bersenam tu..ahhahah
btw.letaklah chatbox.senang mahu tgl jejak:))