Entri Pertama...
Salam.
Aku bangun tidur pagi tadi, kepala masih lagi sedikit pening mungkin sebab aku berjaga malam tadi. Tak kisah sangat sebab hari ahad hari cuti, jadi memikir perkara yang harus aku buat. Tidak ada arah tujuan, terus membuka halaman internet. Akaun facebookku aku buka, Aku tatap dan aku rasakan nafsu untuk bermain game di facebook sudah menurun. Farmville dan Mafia wars seakan-seakan memanggil aku, tetapi tidak aku hiraukan.
Damn! Aku tidak ada aktiviti pada hari ini, walau ada sedikit kerja yang Prof berikan tetapi perasaaan malas menyelubungi diri. Memang selalunya kerja last minit yang aku berikan. Bagi aku, kalau buat awal nanti kalau salah kena buat lain, maka kerja aku akan bertambah. Jadi aku lebih suka buat last minit dengan rujukan teman yang sudah siap.
Jadi, aku yang telah lama ingin membuat blog akibat hasutan rakan yang sudah mempunyai blog akhirnya membulatkan azam bahawa hari ini aku akan membuat satu blog. Halaman blogger.com aku masuk dan mula memikirkan nama blogku dan nama samaranku sebagai penulis blog yang baru. Setelah beberapa jam, aku mula cuba membuat entri yang pertama tetapi aku amat tidak tahu apa yang harus aku tulis dan buat pada blogku ini.
Aku coretkan di sini perihal diriku dan aku ingin jadikannya sedikit rahsia kerana aku sememangnya seorang yang amat pemalu.
Perihal Aku.
Nama penuh : Mohd XXXXXXX
Nama samaran : Beluncas
umur : no komen wakaka
tarikh lahir : bulan 11
kenapa buat blog : masih mencari sebabnya
hobi : baca komik - tengok citer - termenung - makan - solat
citacita : mahu masuk syurga
moto : mahu jadi si rama-rama
selebriti pilihan : Maroon 5 - Aizat - Matthew Perry - Lisa Kudrow
idola : Nabi Muhammad S.A.W
makanan : nasi goreng kampung - burger
minuman : orange juice - kelapa muda - air kosong
karekter : pendiam pada awal tapi bila dah kenal sikit banyak pulak cakap - boleh simpan rahsia
komik : detektif conan
anime : one piece - hitman reborn
tv series : friends all season
Aku putuskan untuk berhenti dahulu. Semoga berjumpa di lain waktu jika diri ini ada kelapangan. Salam.
zhrhtoodem
21 Februari 2010 pada 9:26 PTG
hhahaha
welkam to blogger world!
@fitridzulkifli
21 Februari 2010 pada 10:40 PTG
welcome welcome, eleh aku pon bru jugak. bru bulan 12 thn lps.
18?
fitridzulkifli.blogspot.com
niaharaf
22 Februari 2010 pada 12:03 PG
ya ya..welkam!
N A N a t O
23 Februari 2010 pada 4:27 PTG
welkam juga....selamat berhari lahir di bulan november...macam saya..wink...
Cikgu Dahlia
25 Februari 2010 pada 10:28 PTG
enjoy blogging bro!! meh laa bc Episod Bersiri "Orang ada belog, korang pun nak ada belog" kat blog sis..hehee