Update Selepas 4 Bulan!!

Salam.Tak tau mau update ape. Dah lama tak menaip. Entri terakhir bulan 4, sekarang dah nak masuk bulan 8. Macam macam peristiwa berlaku sepanjang 4 bulan nie. Ada peristiwa manis, aku senyum. Ada peristiwa duka, aku muram. Syukur, akhirnya mampu menulis entri ini dengan senyuman di bibir.hihi. Kalau ikut tagline astro "Macam Macam Ada".

Hidup Umpama Roda!!

Mungkin ada betulnya perumpamaan ini. Kadang kdang peristiwa yang tak terduga berlaku pada kita. Macam contoh, member aku baru baru ini excident. Sangat tragik keadaan diri dia. Tak boleh berjalan banyak, tangan kiri lumpuh sementara dan ini menyebabkan dia sangat sangat down. Hidup dia macam berada di tahap paling dasar, mungkin lagi dalam dari dasar jurang mariana.

Tapi Ingat Tuhan Menguji Manusia Sebab Tuhan Tahu Yang Manusia Tue Mampu Menerima Ujian Tersebut...

Syukur sangat sangat apabila aku tengok member aku tue semakin hari semakin pulih, dan paling penting dia dah berubah banyak sangat. Kalau dulu selalu lepak kat luar malam malam, sekarang dah kurang sangat. Kalau dulu dia selalu tinggal solat, sekarang kalau ajak berjemaah pun mudah. Senyum aku tengok beliau. Sebab tue orang kata 'ada hikmah di sebalik setiap kejadian'. Mungkin ini hikmahnya.

Kalau Ada Sumur Diladang,
Boleh hamba Menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
esok lusa wa update lagi...hihi

p/s : Dah siap berpantun lagi, tadi kata tak tau nak update apa kan.

Yang penting Angan Angan aku sentiasa besar.hihi

Aku kembali dengan Keghairahan Yang Baru!!

Salam.
Katil empuk kepunyaan aku bertaburn dengan buku-buku yang tidak sepatutnya. Semuanya buku-buku yang tidak berilmiah. Semuanya hanya untuk keseronokan dunia. Aku sepatutnya melebihkan akan kehidupan selepas kehidupan di dunia, tetapi sebaliknya berlaku.

Aku masih lagi memikirkan tajuk tesis yang bersesuaian dengan aku. Banyak betul hendak difikirkan, bukan setakat tajuk, tempat kajian juga harus selari dengan bajet aku yang semakin meruncing di akhir-akhir ini. Mungkin aku patut berjimat!!

Aku juga masih perlu memikirkan cara yang berkesan untuk bagi belajar kerana peperiksaan akhir aku semakin hampir. Tidak ingin aku mengecewakan harapan kedua orang tuaku. Aku mesti berjaya!! Masa harus aku gunakan sepenuhnya untuk menelaah setiap corot ilmu.

Aku telah lama meninggalkan dunia blog ini, Aku lihat entri terakhir aku bertarikh 27 Feb 2010. Sudah lama nampak? Apa khabar kalian di dunia blog? Blog aku masih baru, jadi keghairahan belum sampai ke tahap klimaks, aku cuba untuk bangun kembali dan menulis di dunia ini. Smoga kalian menyokong aku.

Mungkin aku akan senyap kemabali atau mungkin tidak. Itu belum pasti!
Yang pasti aku adalah aku. Dan itu aku.
Salam.

Buat Duit...

Salam. Buat duit memang merupakan harian aku. Aku tak dapat lari dari kehidupan yang memerlukan duit yang banyak dalam memenuhi keprluan dan kehendak.

Semua bermula sewaktu aku di darjah dua lagi, masa ini, aku akan menolong ibu aku menjual kuih ke kedai-kedai berhampiran rumah kami. Kuih yang dijual pula hanya satu jenis sahaja iaitu kuih tepung bungkus. Kuih yang dibuat dengan tepung dan berinitikan 'nyiur' (kelapa bahasa bakunya) ini merupakan kuih yang mendapat sambutan hangat di kampung aku terutama yang dibuat oleh mak aku. Walaupun setiap hari hanya 'tepung bungkus' sahaja yang dijual, tetapi sentiasa habis. Jadi dapatlah aku sedikit upah dari mak aku.

Sewaktu di darjah 6, aku menjual butang baju di sekolah. Sampai sekarang aku masih lagi pelik macam mana butang baju yang aku jual boleh mendapat sambutan sehingga jualan aku mencecah RM 20. Masa tue, dapat 20 ringgit apatah lagi atas usaha sendiri memang menghiburkan dan bangga tak hingat.

macam macam cara untuk buat duit.
Halal haram ditangan aku sendiri??

Selepas darjah 6, aku masuk ke MRSM. Damn it!! Aku tidak dapat berniaga apa-apa sebab jauh dari rumah, dan ini menyebabkan supplier aku menjadi sifar.

Aku juga pernah bekerja di kilang surat khabar di mana masa tue aku belajar di tingkatan 4, masih di MRSM yang sama. Aku bekerja waktu cuti sekolah. Kerja aku cukup mudah tetapi mencabar kekuatan aku sebagai seorang lelaki. Aku terpaksa mengangkat timbunan surat khabar dan dimasukkan ke dalam lori. Tak banyak pun!! Aku dapat RM 25 ringgit satu malam.

Aku juga pernah bekerja sebagai 'waiter' dan pembuat ABC di sebuah kedai. Dua dalam satu!! Nak buat air aku kurang pakar, jadi ABC pun jadilah huhu. Masa ini, aku tahun pertama di universiti, dan kerja nie adalah sewaktu aku cuti selama sebulan. Memang tak dapat banyak duit, sehari RM2o je ( kedai tak ramai pelanggan!) tetapi sekurangnya aku mengisi masa dengan berfaedah dari melepak tak tentu hala.

Sekarang aku berada di universiti, selain dari bekerja, aku lebih kepada berjimat. Sebab bagi aku hanya ada dua pilihan dalam menguruskan wang iaitu BUAT DUIT LEBIH ATAU BERJIMAT. Pilihan di tangan aku, jadi aku pilih untuk berjimat semasa di universiti. Contohnya, dari aku membeli air mineral di kedai, lebih jimat jika aku masak sendiri menggunakan 'heater' teman sebilik aku atau dari aku menaiki motor, lebih jimat kalau aku menggunakan bas yang telah aku bayar dalam yuran aku.

Namun, semalam aku ada termasuk satu blog di mana mengajar cara membuat duit dengan nuffnang. Walau agak keliru pada mulanya, tapi aku nie jenis tak mudah mengalah. Akhirnya terpasang juga iklan nuffnang di sidebar aku. Sila Klik jika iklan keluar. Jadi mungkin aku boleh buat duit lebih dengan bantuan nuffnang nie.

Kepada wanita di luar sana, jika mahu suami yang kaya, sila la klik iklan aku ini, mana tahu aku bakal jadi suami kamu hihi. Terpanjang pulak entri ni..Salam.




Meniru Ditiru...

Salam. Jawapan senior untuk assignment kimia terhidang di depan mata, tapi aku masih lagi menangguh kerja yang cuma perlu ditaip semula oleh aku. Ingin aku 'photastat' sahaja tetapi roomate ku melarang keras. Katanya kalau nak tiru pun biarlah beretika sedikit. Damn it! Zaman sekarang meniru pun ada etika. Lagipun kalau 'photastat' mesti Prof aku dapat mengesannya dengan mudah jadi aku ambil jalan yang agak sukar sedikit iaitu dengan menaip semula jawapan seniorku.

Bila disebut mengenai kes meniru nie, aku teringat kes meniru yang selalu berlaku dalam dewan peperiksaan. Aku tak pernah meniru dalam dewan peperiksaan sebab aku takut akan hukuman yang bakal dikenakan. Kalau assignment atau tugas tugas lain, memang meniru salah satu alternatif yang aku ambil.

Di sekolah lama aku, pernah sekali seorang cikgu mengamuk selepas dia menangkap 3 orang pelajar yang meletak buku di dalam tandas. Pada waktu itu, kebetulan aku juga keluar ke tandas jadi aku dapat melihat adegan cikgu itu mengambil buku yang dibaca oleh 3 orang pelajar, lalu dihantuk dengan kuat ke kepala ketiga-tiga orang pelajar tersebut. Bukan sekali, tetapi berkali-kali hinggakan salah seorang pelajar merayu supaya cikgu itu berhenti , barulah cikgu itu berhenti.

nota: lepas kejadian tu, aku amat takut dengan cikgu tersebut!!

Tidak berakhir di situ nasib pelajar yang meniru itu, mereka dipanggil menghadap cikgu disiplin dan dikenakan denda yang cukup berat. Selain itu, kes tu juga dilaporkan kepada ibu bapa pelajar terbabit. Result peperiksaan 3 orang pelajar tu pun disekat, dan yang paling penting nama baik mereka bertiga tercemar dengan teruk sekali. Bayangkan cikgu sudah tak percaya lagi dengan mereka bertiga setiap kali minta kebenaran untuk ke tandas waktu exam. Kalau aku, sudah pindah sekolah kot!!

Nasihat aku << orang yang selalu tiru assignment orang lain..
Jangan meniru! Buat sendiri dahulu, kalau dah tak boleh sangat silakan meniru wakaka.Salam.

Mahu Kurangkan Berat Tapi....

Salam. Sewaktu dalam perjalanan pulang dari Fakulti tadi, aku tumpang motor rakan sekolej dengan aku. Perkara biasa bila naik bukit, rakanku akan mengomen mengenai badanku yang berat nak mampos! Damn it!! Aku juga keliru dengan badan aku, kecil je aku rasa tapi setiap kali aku tumpang motor orang, orang pasti akan mengomen mengenai berat badan aku yang kelihatan ringan pada luaran tapi berat pada dalamannya. Terutama ketika jalan berbukit.

Nota : Aku masih belum mampu membeli kenderaan sendiri!

Jadi aku fikirkan cara yang paling sesuai untuk mengurangkan berat dengan berjoging, lagipun sudah lama peluh jantanku tidak dikeluarkan dari sistem tubuh aku. Namun, aku masih bermasalah dari segi kelengkapan pakaian untuk berjoging kerana sewaktu mahu memasuki universiti dahulu, aku hanya membawa pakaian yang sedikit dan yang perlu sahaja bagi mengurangkan keberatan beg yang perlu dibawa.

Ok. Pakaian yang aku perlukan :

Baju - Aku boleh pakai baju harian biasa aku, iaitu T-Shirt yang tidak berkolar kerana aku rasa itu lebih sesuai untuk berjoging berbanding dengan T-Shirt berkolar atau kemeja. Jadi, tiada masalah!

Seluar Panjang - Aku tidak memiliki sebarang seluar untuk berjoging atau bersukan kerana aku bukanlah jenis yang suka mengeluarkan keringat. Tapi tidak perlu aku risaukan kerana aku boleh pinjam sahaja. Juga tiada masalah!

Kasut dan Stoking - Stoking aku tiada masalah kerana aku memiliki beberapa pasang stoking. Namun, kasut aku yang terbaru telah hancur berkecai dan telah aku campak ke tong sampah kerana kekerapan memakai ke tempat kajian aku. Jadi terpaksa aku meminjam lagi. Tetap tiada masalah!

Ok! setelah siap bersiap, aku keluar dari bilik dan aku dapat rasa yang keterujaan untuk berjoging telah mengatasi keterujaan untuk berblogging. Namun, tidak lama kemudian, aku masuk semula ke dalam bilik, menanggalkan semua pakaian, aku baring atas katil, tarik selimut dan tutup mata. Damn it! macam mana aku boleh tak perasan kat luar tengah mendung dan hujan akan turun bila bila masa je...

p/s : mungkin aku tak patut berjoging, mungkin ada cara lain kot untuk kurangkan berat...